Saturday, September 25, 2021

Langkah 2 Dari 23 Langkah Menuju Kejayaan: Pelajari Perkataan Baru Dan Guna Sekerap Mungkin

Sungguh memalukan bila kita tidak mampu menggunakan perkataan yang tepat ketika bercakap terutamanya dalam perbualan atau perbicaraan penting.

Kita tidak diminta untuk menjadi Kamus Dewan yang tahu mendalam semua perkataan.

Namun sekurang-kurangnya kita tahu dan faham maksud sesuatu perkataan yang kita dengar selalu dari mulut orang yang bercakap dengan kita. Lebih-lebih lagi perkataan itu adalah bahasa ibunda kita.

Ambil tindakan untuk meningkatkan tahap penguasaan perkataan kita! Dan gunakan kosa kata atau perkataan-perkataan ini;

1 – Dalam perbualan harian kita.

2 – Dalam setiap syarahan yang diberikan.

Bercakap dan menerangkan sesuatu menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dengan lancar, memberikan banyak kelebihan;

1 – Meningkatkan rasa percaya pada diri sendiri.

2 – Kita akan dikagumi oleh orang lain.

3 – Berpeluang untuk dilantik sebagai pemimpin bila pemimpin itu diperlukan.

Sebenarnya, kadangkala dengan satu dua patah perkataan, cukup untuk menerangkan satu perkara panjang yang serius.

Tidak pandai menggunakan perkataan yang tepat akan membuatkan kita bercakap panjang hanya untuk menerangkan sesuatu perkara yang mudah.

Ada beberapa panduan yang boleh kita ikuti untuk menambah perkataan baharu dalam perbendaharaan kata-kata kita;

1 – Kembangkan rasa minat pada kata-kata.

Perkataan yang betul untuk menerangkan sesuatu membuatkan orang suka mendengar kata-kata kita. Tentulah kita suka bila orang berminat mendengar setiap kata-kata kita.

Ini boleh menjadi motivasi kuat untuk kita menambah pengetahuan tentang perkataan.

2 – Catat perkataan baharu dalam buku nota.

Tentulah sukar untuk kita bawa Kamus Dewan Bahasa ke mana-mana. Lagi pula bukan semua perkataan kita perlu tahu dan guna.

Kita hanya perlu tahu perkataan yang akan kita gunakan setiap hari dan memahami perkataan yang orang lain gunakan.

Jadi selalulah bawa buku nota kecil untuk mencatat kata-kata baharu yang kita dengar. Kemudian kita rujuk makna perkataan itu menggunakan Kamus Dewan.

Itu cara mudah mempelajari perkataan baharu pada setiap hari.

3 – Pelajari sejumlah perkataan baharu pada setiap hari.

Jika kita mampu memberi komitmen untuk membaca Kamus Dewan, sedikit demi sedikit atau sepatah demi sepatah perkataan pada setiap hari, itu lebih bagus.

Cara ini lebih cepat untuk mempelajari perkataan baharu berbanding mencatat pada nota.

4 – Banyak membaca.

Pengetahuan tentang perkataan tidak akan berguna kecuali bila ia digunakan dalam percakapan atau tulisan. Jadi dengan membaca:

A – Kita dapat memahami bagaimana perkataan itu membentuk ayat.

B – Kita dapat mempelajari penggunaan perkataan itu dalam bentuk ayat yang berbeza bergantung kepada teknik penulisan yang dimiliki oleh penulis itu.

C – Banyak perkataan-perkataan baharu yang boleh kita pelajari dengan cara yang menguntungkan. Disamping dapat belajar perkataan baru, dapat pula ilmu jika buku itu ilmiah. Dan keseronokan jika buku itu sastera.

5 – Pelajari penggunaan ayat.

Selain mengetahui perkataan baru untuk menerangkan sesuatu perkara dalam ucapan dan percakapan kita, penggunaan ayat juga penting.

Apakah perlu menggunakan ayat yang panjang untuk menerangkan sesuatu atau cukup sekadar ayat yang pendek sahaja. Ada kalanya satu perkataan sahaja cukup untuk menerangkan maksud sesuatu perkara. Yang lainnya mungkin perlukan penjelasan yang panjang.

===

Kekurangan kata-kata atau perkataan merupakan satu kecacatan besar bagi seorang penulis dan penceramah. Ia seperti seorang tukang rumah yang tidak pandai menyusun batu bata bagi membina rumah.

===

Oleh: Ahmad Yani ###

Dari buku: #23langkahmenujukejayaan - Oleh: Robert J. Lumsden

Disunting, diringkas dan diolah semula untuk elak isu hak cipta dan yang berkaitan dengannya.

===

Mungkin anda perlukan ini:

[+] Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!

Sunday, July 11, 2021

Langkah 1 Dari 23 Langkah Menuju Kejayaan: Menjaga Kesihatan

 

Kadang-kadang kita mengalami kesakitan, tetapi  kita perlu tanam keyakinan bahawa pada dasarnya tubuh badan kita sihat.

Ingat dan selalu sebut perkataan ini, “Tubuh badan saya sihat”. Perkataan ini patut kita katakan dan diulang-ulang dalam fikiran pada setiap pagi sebaik bangun tidur dan pada setiap malam sebelum tidur.

Biarlah kata-kata (doa), tubuh badan saya sihat menjadi ‘pembuka’ dan ‘penutup’ fikiran pada setiap hari. InShaAllah kesihatan kita akan menjadi bertambah baik.

Rasa percaya yang diri kita sihat boleh meningkatkan kesihatan. Kesihatan yang meningkat akan menghasilkan rasa percaya diri yang lebih tinggi lagi.

Banyak penyakit timbul kerana kebodohan diri sendiri.

Ada antara mereka yang tanpa ‘sedar’ menyiksa tubuh sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak memberi untung kepada diri sendiri. Mereka menanggung akibat dari perbuatan-perbuatan yang tidak menguntungkan itu

Amalkan kehidupan sihat yang memberi untung kepada kehidupan seharian kita;

1 # Jauhi minuman keras.

2 # Berhenti merokok dan jangan sesekali mencuba bagi yang belum pernah merokok. Udara segar penting untuk kesihatan.

3 # Makan sekadar cukup untuk keperluan tubuh dan ambil makanan yang penuh zat dan nutrisi bukan semata-mata sedap sahaja.

4 # Lakukan senaman. Paling kurang pun dengan selalu berjalan kaki. Ini senaman paling ringan.

5 # Rehat secukupnya terutama tidur.

6 # Hindari perkara-perkara yang tidak berfaedah yang boleh merisaukan fikiran.

Kesihatan yang baik bukan setakat tubuh badan yang tiada penyakit, juga bila memiliki pemikiran yang tenang tanpa ketegangan. Tubuh badan dan fikiran saling berhubungan. Tubuh yang sihat menjadikan fikiran tenang. Fikiran yang tegang boleh menyebabkan tubuh jatuh sakit.

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan ketenangan  fikiran. Antaranya adalah;

1 # Bekerja dalam bidang yang kita sukai. Jika tidak belajarlah menyukai kerja kita sekarang.

2 # Miliki paling sedikit satu hobi yang memuaskan hati. Membaca, berkebun, melukis dan sebagainya.

3 # Libatkan diri dengan aktiviti masyarakat, terutama masyarakat setempat yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

4 # Berpegang pada satu prinsip kehidupan.

Mereka yang cacat jasmani boleh menyerap prinsip-prinsip kejayaan dan dengan mudah mereka boleh bangkit dari kesulitan-kesulitan hidup mereka. Mereka akan menolak ‘penderitaan’ dalam hidup mereka dan akhirnya mereka akan menang!

Helen Keller adalah seorang yang buta, tuli dan bisu. Semua itu tidak menghalang dia untuk menjadi seorang yang terkenal di seluruh dunia sebagai penulis.

Dan banyak contoh individu lain yang mempunyai kecacatan kekal tapi sukses dalam hidup mereka.

Oleh: Ahmad Yani Bahrom Azhar

Dari buku: #23langkahmenujukejayaan - Oleh: Robert J. Lumsden

Disunting, diringkas dan diolah semula untuk elak isu hak cipta dan yang berkaitan dengannya.

===

Mungkin anda perlukan ini:

Klik di sini: >>> Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!


Langkah 2 Dari 23 Langkah Menuju Kejayaan: Pelajari Perkataan Baru Dan Guna Sekerap Mungkin

Sungguh memalukan bila kita tidak mampu menggunakan perkataan yang tepat ketika bercakap terutamanya dalam perbualan atau perbicaraan pentin...