Sungguh memalukan bila kita tidak mampu menggunakan perkataan yang tepat ketika bercakap terutamanya dalam perbualan atau perbicaraan penting.
Kita tidak diminta
untuk menjadi Kamus Dewan yang tahu mendalam semua perkataan.
Namun
sekurang-kurangnya kita tahu dan faham maksud sesuatu perkataan yang kita
dengar selalu dari mulut orang yang bercakap dengan kita. Lebih-lebih lagi
perkataan itu adalah bahasa ibunda kita.
Ambil tindakan
untuk meningkatkan tahap penguasaan perkataan kita! Dan gunakan kosa kata atau
perkataan-perkataan ini;
1 – Dalam
perbualan harian kita.
2 – Dalam setiap
syarahan yang diberikan.
Bercakap dan
menerangkan sesuatu menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dengan lancar, memberikan
banyak kelebihan;
1 – Meningkatkan
rasa percaya pada diri sendiri.
2 – Kita akan
dikagumi oleh orang lain.
3 – Berpeluang
untuk dilantik sebagai pemimpin bila pemimpin itu diperlukan.
Sebenarnya, kadangkala
dengan satu dua patah perkataan, cukup untuk menerangkan satu perkara panjang
yang serius.
Tidak pandai
menggunakan perkataan yang tepat akan membuatkan kita bercakap panjang hanya
untuk menerangkan sesuatu perkara yang mudah.
Ada beberapa
panduan yang boleh kita ikuti untuk menambah perkataan baharu dalam perbendaharaan
kata-kata kita;
1 – Kembangkan
rasa minat pada kata-kata.
Perkataan yang
betul untuk menerangkan sesuatu membuatkan orang suka mendengar kata-kata kita.
Tentulah kita suka bila orang berminat mendengar setiap kata-kata kita.
Ini boleh
menjadi motivasi kuat untuk kita menambah pengetahuan tentang perkataan.
2 – Catat
perkataan baharu dalam buku nota.
Tentulah sukar
untuk kita bawa Kamus Dewan Bahasa ke mana-mana. Lagi pula bukan semua
perkataan kita perlu tahu dan guna.
Kita hanya perlu
tahu perkataan yang akan kita gunakan setiap hari dan memahami perkataan yang
orang lain gunakan.
Jadi selalulah
bawa buku nota kecil untuk mencatat kata-kata baharu yang kita dengar. Kemudian
kita rujuk makna perkataan itu menggunakan Kamus Dewan.
Itu cara mudah
mempelajari perkataan baharu pada setiap hari.
3 – Pelajari
sejumlah perkataan baharu pada setiap hari.
Jika kita mampu
memberi komitmen untuk membaca Kamus Dewan, sedikit demi sedikit atau sepatah
demi sepatah perkataan pada setiap hari, itu lebih bagus.
Cara ini lebih
cepat untuk mempelajari perkataan baharu berbanding mencatat pada nota.
4 – Banyak
membaca.
Pengetahuan
tentang perkataan tidak akan berguna kecuali bila ia digunakan dalam percakapan
atau tulisan. Jadi dengan membaca:
A – Kita dapat
memahami bagaimana perkataan itu membentuk ayat.
B – Kita dapat
mempelajari penggunaan perkataan itu dalam bentuk ayat yang berbeza bergantung
kepada teknik penulisan yang dimiliki oleh penulis itu.
C – Banyak
perkataan-perkataan baharu yang boleh kita pelajari dengan cara yang
menguntungkan. Disamping dapat belajar perkataan baru, dapat pula ilmu jika
buku itu ilmiah. Dan keseronokan jika buku itu sastera.
5 – Pelajari
penggunaan ayat.
Selain mengetahui
perkataan baru untuk menerangkan sesuatu perkara dalam ucapan dan percakapan
kita, penggunaan ayat juga penting.
Apakah perlu
menggunakan ayat yang panjang untuk menerangkan sesuatu atau cukup sekadar ayat
yang pendek sahaja. Ada kalanya satu perkataan sahaja cukup untuk menerangkan
maksud sesuatu perkara. Yang lainnya mungkin perlukan penjelasan yang panjang.
===
Kekurangan
kata-kata atau perkataan merupakan satu kecacatan besar bagi seorang penulis
dan penceramah. Ia seperti seorang tukang rumah yang tidak pandai menyusun batu
bata bagi membina rumah.
===
Oleh: Ahmad Yani ###
Dari buku: #23langkahmenujukejayaan - Oleh:
Robert J. Lumsden
Disunting, diringkas dan diolah semula
untuk elak isu hak cipta dan yang berkaitan dengannya.
===
Mungkin anda perlukan ini:
No comments:
Post a Comment