Sunday, July 11, 2021

Langkah 1 Dari 23 Langkah Menuju Kejayaan: Menjaga Kesihatan

 

Kadang-kadang kita mengalami kesakitan, tetapi  kita perlu tanam keyakinan bahawa pada dasarnya tubuh badan kita sihat.

Ingat dan selalu sebut perkataan ini, “Tubuh badan saya sihat”. Perkataan ini patut kita katakan dan diulang-ulang dalam fikiran pada setiap pagi sebaik bangun tidur dan pada setiap malam sebelum tidur.

Biarlah kata-kata (doa), tubuh badan saya sihat menjadi ‘pembuka’ dan ‘penutup’ fikiran pada setiap hari. InShaAllah kesihatan kita akan menjadi bertambah baik.

Rasa percaya yang diri kita sihat boleh meningkatkan kesihatan. Kesihatan yang meningkat akan menghasilkan rasa percaya diri yang lebih tinggi lagi.

Banyak penyakit timbul kerana kebodohan diri sendiri.

Ada antara mereka yang tanpa ‘sedar’ menyiksa tubuh sendiri dengan melakukan sesuatu yang tidak memberi untung kepada diri sendiri. Mereka menanggung akibat dari perbuatan-perbuatan yang tidak menguntungkan itu

Amalkan kehidupan sihat yang memberi untung kepada kehidupan seharian kita;

1 # Jauhi minuman keras.

2 # Berhenti merokok dan jangan sesekali mencuba bagi yang belum pernah merokok. Udara segar penting untuk kesihatan.

3 # Makan sekadar cukup untuk keperluan tubuh dan ambil makanan yang penuh zat dan nutrisi bukan semata-mata sedap sahaja.

4 # Lakukan senaman. Paling kurang pun dengan selalu berjalan kaki. Ini senaman paling ringan.

5 # Rehat secukupnya terutama tidur.

6 # Hindari perkara-perkara yang tidak berfaedah yang boleh merisaukan fikiran.

Kesihatan yang baik bukan setakat tubuh badan yang tiada penyakit, juga bila memiliki pemikiran yang tenang tanpa ketegangan. Tubuh badan dan fikiran saling berhubungan. Tubuh yang sihat menjadikan fikiran tenang. Fikiran yang tegang boleh menyebabkan tubuh jatuh sakit.

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan ketenangan  fikiran. Antaranya adalah;

1 # Bekerja dalam bidang yang kita sukai. Jika tidak belajarlah menyukai kerja kita sekarang.

2 # Miliki paling sedikit satu hobi yang memuaskan hati. Membaca, berkebun, melukis dan sebagainya.

3 # Libatkan diri dengan aktiviti masyarakat, terutama masyarakat setempat yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.

4 # Berpegang pada satu prinsip kehidupan.

Mereka yang cacat jasmani boleh menyerap prinsip-prinsip kejayaan dan dengan mudah mereka boleh bangkit dari kesulitan-kesulitan hidup mereka. Mereka akan menolak ‘penderitaan’ dalam hidup mereka dan akhirnya mereka akan menang!

Helen Keller adalah seorang yang buta, tuli dan bisu. Semua itu tidak menghalang dia untuk menjadi seorang yang terkenal di seluruh dunia sebagai penulis.

Dan banyak contoh individu lain yang mempunyai kecacatan kekal tapi sukses dalam hidup mereka.

Oleh: Ahmad Yani Bahrom Azhar

Dari buku: #23langkahmenujukejayaan - Oleh: Robert J. Lumsden

Disunting, diringkas dan diolah semula untuk elak isu hak cipta dan yang berkaitan dengannya.

===

Mungkin anda perlukan ini:

Klik di sini: >>> Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!


Langkah 2 Dari 23 Langkah Menuju Kejayaan: Pelajari Perkataan Baru Dan Guna Sekerap Mungkin

Sungguh memalukan bila kita tidak mampu menggunakan perkataan yang tepat ketika bercakap terutamanya dalam perbualan atau perbicaraan pentin...